AYAT KAMU
Follow | Dashboard

<body>
HAPPY 2012
Sunday, January 1, 2012 | 10:56 AM | 0 comments
Alhamdulillah syukur dapat menulis blog lagi hari ni.. Sebenarnye dah lama aku x update blog haha.. takpe la, dah back to the topic..   secara rasminya ini adalah post pertama aku untuk tahun 2012 dan Insyaallah  aku akan terus rajin menulis blog sebab aku dah tak sibukk dengan kerja sekolah, Al-maklumlah Lepasan PMR hewhew... okay so apa azam tahun baru korang yek? ermmm azam aku banyak, tapi tak boleh tulis lah.. nanti jatuh maruah nama Aidil Syaffuan, cewahh.. hahaa, sebenarnye aku dah malas nak berazam tahun baru ni sebab azam aku tak pernah aku nak buat. Kalau  buat pun sampai tengah jalan azam tah kemana aku pun tah kemana haha.. Jadi tahun ni aku tak nak berazam banyak sangat, cuma aku nak buat yang terbaik dan jadi orang yang lebih baik tu je kot...Tahun 2012 aku harapkan rezeki bertambah baik dan nak jaga kesihatan. Mugkin lepas ni aku akan lebih rajin bersenam atau pergi GYM ke.. haha kalau nak tahu aku ni tiap-tiap bulan bayar yuran gym tapi dah dekat 5-6 bulan aku tak jejak kaki kat gym tu.. membazir je kan.. so start 2012 ni aku nak rajinkan diri pergi sana. At least aku boleh jaga kesihatan dalam masa yang sama boleh kuruskan badan.. haha tu azam aku tiap-tiap tahun tapi sampai hari ni pun gemuk tak kurus-kurus haha.. okay la..  ape-ape un,  Ikhlas daripada aku , Aidil Syaffuan Bin Sulaiman ingin memohon AMPUN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI sekiranya ada terkasar bahasa, ada yang terasa, dan ada yang tak berpuas hati atas kata-kata  bahasa aku selama ini. Kadang-kadang, kita manusia biasa takkan sedar atas kesilapan sendiri sehinggalah ditegur. Dan terima kasih di atas setiap teguran itu. InsyaAllah, bermulanya 2012, aku akan cuba sedaya upada untuk melakukan dan menyampaikan sesuatu yang lebih baik. :)

ohyaa.. bythewaayy.. Saya juga disini ingin mengucapkan Tahniah ke atas rakan2 saya yang berjaya mendapat straight A dalam PMR baru2 ini , Terbaik ar korang hahhaha :D  okaayy.. 
Sekian drpd saya , Thanks Kerana Menghabiskan masa anda untuk membaca..  And special thanks Kepada Meor Hazren, Liana Syairah dan Sarah Azzn kerana Memberikan idea yang bernas untuk ak meng-update blog kali ni.. :)


Aidil Selepas PMR
Friday, October 28, 2011 | 8:05 AM | 0 comments




Assalamualaikum dan Haii  all ! xD

hahaha  ..
 oh yeah ! PMR dah berlari pergi jauh .  dan ramai pelajar2 "lepasan PMR " nih x tau nak buat ape kan kan kan ?? HAHA stakat duduk kat skola dengar ceramah , buat aktiviti and other kadang-kadang bosan an... ok..  aku dah rancang nak buat ape lepas PMR..     rasenye la mcm ni la kut rancangan ak nanti  


[+] Join kem ibadah ke...

[+] Masuk kursus memasak ke...   (Masuk MasterChef Malaysia pun ok gak ^_^ )

[+] Main pondok-pondok dengan jiran belakang rumah ke...

[+] Join tuisyen untuk subjek SPM terus ke...

[+] Follow budak tabligh pegi tabligh ke...

[+] Kerja part time ke...

[+] Melancong ke mana-mana ke...

[+] belajar buat web ke...


[+] Buat video ke..  ( haha ramai orang request buat benda nih.. )


[+] dan lain-lain lagi ....


 Ha, kan banyak benda yang berfaedah yang korang boleh buat. Takde la buang masa tak tentu hala, merempit, melepak, menggangu anak dara dan anak tak dara, menyusahkan mak bapak, dan lain-lain lagi... HAHA  sape setuju ?  so.. ade sesiapa mahu join  haha  JOM  xD eh.. kejap-kejap.. aku ade bende nak bagitau korang..   Emm.. Perlu ker kembali mencintai dan dicintai ? LOL .. Eh, apasal aku banyak mengarut hah hari ni?? Heh, korang semua tahulah aku tak boleh  under pressure. Ia buat aku rasa nak menggila. Kesian "insan di sana" yang kena melayan kerenah gila aku hari nih, macam nih:



atau macam nih


atau macam nih


atau yang lebih tepat lagi, ini


Sekian, kita jumpa lagi di entri yang kurang sikit ke-mengarut-annya. ^_^

ps :  ESOK JAMUAN  YEEHAAAAA
3 days More
Saturday, October 1, 2011 | 1:52 AM | 2 comments
Assalamualaikum...
boom cak? hha .

 Hari demi hari,
Langkah demi langkah,
Kini tibalah tarikh,
Penentu Sejarah...

Gentar, takut, gelisah, gila :131::s:
1 gabungan elemen negatif,
Terpalit dihati,
Bagi pelajar yang akan menghadapi,
Peperiksaan nanti... (PMR)

Penat, letih teramat sangat :face13:,
Membawa bebanan harapan orang yang tersayang,
Yang begitu dahagakan kejayaan,
Dan kecemerlangan,
Dari anak yang amat kamu sayang :67:....

Mampukah:s: Bolehkah:s:
Aku menggapai kejayaan yang dharapkan:s:
Atau aku akan tumbang dan tewas,
Kepada ketakutan :face74: yang menguasai,
Diriku sendiri...

Ya Rabbi, Ya Qayyum,
KepadaMu aku berserah,
KepadaMu aku meminta,
Tenangilah hatiku ini :face38:.... Amin ... 

 haha
okay ini last update sebelum PMR datang. well PMR is just around the
corner, soo gud luck to all PMR candidates terutamanya untuk smk Seri
Iskandar ;) 4.10.2011 berperang lah kita . mulanya lawanan kita yg
pertama. buat lah persediaan . apa-2 pun do your best , wish me luck
and hope will get the best result on month of december . buat sekarang
, banyak betul barang yg belum ak sedia-2 . calculator xde , jangka lukis
xde mcm-2 lg la. well hnya pelajaran yg sudah ak  sedia dalam otak .
sehhh !HAHA   btw.. Puan Mashitah ckp..   jike PMR SMK Seri Iskandar
2011 mencapai peratus lulus 100%   kitorang akan dpt raye lgi skali.. 
ok.. ak x brape na faham statement nih...  tpi..  it's a good news ^_^        so

PARA PELAJAR :

3 BESTARI 1
3 BESTARI 2
3 BESTARI 3
3 BESTARI 4
3 BESTARI 5
3 BESTARI 6
3 BESTARI 7

JOM KITE CIPTE REKOD !!   hahaha 

p/s Fun Fact : atas nih video untuk teknik belajar ciptaan aku dan afiq... haha  bergune ke x..
ak x tau le...  ^_^
RAMADHAN
Friday, August 19, 2011 | 11:31 PM | 0 comments
FUH Puasa sudah menjangkau 20 hari Ramadhan. so arinih aku na story tentang  kali pertama aku belajar berpuasa. 1 hari atau 11 hari tiada beza jika niat puasa masih di takuk lama.( itu aku ek.) haha  aku dapat idea na buat cerite nih waktu kat perpustakaan awam tadi..  Wan Izzat yang Bagi cadangan.. so thanks  HAHA  ok  straight to the point..

Umur 6 tahun, aku mula belajar berpuasa. Itupun puasa yangyok, tengah hari bukak peti ais. Budak-budak sekarang hebat, umur 6 tahun sudah boleh berpuasa tanpa tinggal walau sehari. aku tak nampak budak lain, aku nampak adik aku, Farah. Hebat Farah, chaiyok, chaiyok.Bangge aku jadi abang ko. HAHA ok ok  sambung balik ..Aku belajar berpuasa dengan dorongan abah dan mak. Juga tidak lupa pada mak sedare yang menjaga aku dari kecil.

Setiap perkara sentiasa ada cabaran. Cabaran paling kuat untuk aku belajar berpuasa datang dari my brother. aku diasak kiri dan kanan dengan pertunjukan makanan-makanan kegemaran. aku boleh bertahan. aku disuakan minuman, aku tetap  bertahan.

Paling akhir, aku bergaduh dengan dia. Iman senipis kulit bawang. Dengan alasan hati telah bengkak kerana bergaduh dengan kekanda, aku pun mohon mau minum tea o dari mak sedare. Simpati seorang ibu, aku dibenarkan. Air mata seorang perempuan ini powerkan kan kan ? haha. Umur 6 tahun, menangih selalu tiada rasa malu. Meningkat 12 tahun, menangis selalu satu kelemahan. Sebab kene ejek budak cengeng kot dari kekanda-kekanda

Dalam umur sekitar 6 tahun, aku berjaya berpuasa penuh mungkin dalam 7 atau 8 hari kot. Atau lebih. Naik darjah 1, aku da tidak dibenar menggunakan lagi istilah puasa yang yok. Harus puasa penuh supaya bila besar, aku ada rasa malu mau makan di depan khayalak.
THEN..  FINNALY ! aku berjaya. Dari sudut mata kasar, aku berjaya puasa penuh sebulan, eh kejap... ak rase aku ade tertinggal sehari sebab aku muntah di dalam kelas.. == then rakan-rakan aku yang berdedikasi menyerahkan aku kepada abang aku untuk tindakan selanjutnya. Kekanda yang berumur 12 tahun, atas dasar abang yang prihatin, membelikan aku aiskrim coklat kegemaran . Nyum, Nyum. eh ..bulan poser

Itu dari sudut kasar la.. aki berjaya puasa penuh walaupun tertinggal sehari. Realitinya, aku nak buat pengakuan, jeng..jeng..jeng..tarik napas dalam-dalam.
sebenarnye aku  menghabiskan masa dengan duduk di dalam bilik air dan minum air paip sepuas mungkin. Serius, rase macam sirap mase tu. Aktiviti dilakukan semasa mengambil air sembahyang dan mandi di waktu petang. Kepada rakan-rakan yang mempunyai adik berumur sekitar 6-12 tahun, sila pantau aktiviti mereka terutama dibulan Ramadhan, di dalam bilik air rumah sendiri.:D..

Selepas berumur 13 tahun, barulah lengkap puasa aku tanpa penipuan.
Alhamdulillah.  haha  sampai la sekarang.. Aidil Syaffuan Yang Berumur 15 tahun  (masih belum official =,= )


Puasa suah dekat Yawww
Friday, July 15, 2011 | 2:35 AM | 0 comments
Ramadhan is approaching, it has been a year since we met each other and I have never been missing it more than how I feel now


(^_^)


*tukar mode*


~~~


maaf dengan introduction yang macam emo sedikit itu ye.. now lets talk about FAMINE VS FASTING.


korang tahu apa itu FAMINE? tak? 
literally maksudnya KEBULURAN.


now,
lets zoom in the 40 hours famine been done in New Zealand (betul ke eja ? )


here is the description that I've got from the World Vision NZ website :
"The nation did it. More than 145,000 of you registered to take part in the 40 Hour Famine over the weekend of 27-29 May 2011. Many of you went hungry, voiceless, technology-less – you name it, we saw it... without food, without a voice, without technology – it was awesome."


kira macam berlapar beramai-ramai selama 40 jam. tapi diorang buat ni bukan suka-sukalah.. sebenar untuk kumpul dana kebajikan nak bantu orang-orang yang menghadapi kebuluran and at the very least to show their concern over the issue.


      


dah faham yang tu?


ok..


~~~


dengan datangnya Ramadhan apa yang kita fikiran? 


Raya? eh..eh..over la tu~


Puasa?


betul!


Puasa @ fasting.


~~~


ada sesiapa sedar tak betapa berpuasa itu sepatutnya menimbulkan rasa kesyukuran yang sangat tinggi dalam diri kita? betapa kita tak mengalami kebuluran? and betapa Allah telah sediakan masa yang tetap untuk kita bersama-sama merasai apa yang orang lain rasa? tak payah nak buat 40 jam berlapar.. we have more hours than that.. tapi..


tapi,
apa yang kita rasa and buat?


jeng..jeng..jeng..


kita tak sedar pun kesusahan orang lain.. buka puasa mcam raja.. sampai over-over and berlaku pembaziran.. 


(this are some of  the earliest pictures yang keluar kat google image kalau korang search 'BERBUKA PUASA')


    


sedang Rasulullah hanya berbuka dengar buah kurma.



Dari Anas bin Malik :
"Sesungguhnya Nabi r berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air". [HR Abu Daud : 2356]

bukan nak kata kita patut berbuka hanya dengan kurma, tapi bersederhanalah.. jangan over and sampai membazir.. macam yang biasa kita dinner hari-hari tu pun dah lebih dari cukup sebenarnya.. kan? kan?


so, do take a little bit of your time to think about what I wrote here today ok?


*sambil menaip sambil terasa sendiri.. same je saya kot~~*


~~~


saya bukan nak kata yang 40 hours famine tu lagi bagus dari berpuasa kita ni, just kita kena lahirkan rasa kesedaran yang sama macam diorang dalam diri kita ni.. 


p/s : i know that not all of us are like what I wrote here, so, saya mintak maaf awal-awal if ada perkataan saya yang menimbulkan rasa tak senang dalam diri korang.. MAAF ye?


till next time, From Aidil   :D

Berdakwah
Friday, July 1, 2011 | 6:40 AM | 0 comments
  Assalamualaikum..
satu peringatan sebenarnya untuk kawan2.. muslim dan muslimah semua
Hari ni..  saya post tentang keagamaan sikit..  maklumlah , selalu post bukan2 je..
so, mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
Ingat..  ramai manusia suka, tapi Allah tak suka,mesti ditinggalkan. Perkara yg Allah suka, manusia tak suka, mesti diteruskan..  
Firman Allah s.w.t maksudnya:
''Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri.''
(al-Baqarah:222)
 
moga Allah redha dengan perkongsian ini..   Sumber daripada rakan2 yang lain.. haha
 Sekian Dari Saya..  Aidil =D
cerite seram lagi ?
Friday, June 3, 2011 | 5:00 AM | 0 comments
  Cerita ni aku teringat masa sekolah rendah dulu, kalau tak silap, masa tu Boyan baru darjah 3. Cikgu Boyan yang ceritakan cerita ni kepada satu kelas. Jadi, Boyan dah buat keputusan untuk berkongsi pula cerita ini HAHA . moh teruskan.  Ps :  cerite nih tak seram sangat dan tak lawak sangat..   so bace lah dengan risiko sendiri

Terdapat sebuah asrama di mana semua pelatih untuk menjadi jururawat tinggal. Mereka-mereka ini masih lagi belajar untuk menempatkan diri sebagai jururawat sekeluarnya mereka dari pusat latihan tersebut. Mereka tidak mempunyai apa-apa masalah di asrama itu sehingga kini.


Beberapa minggu kemudian, seluruh asrama diarahkan untuk berpindah ke asrama yang lain. Asrama yang lain itu tidaklah terlalu jauh daripada asrama sebelumnya. Arahan ini dikeluarkan atas alasan keadaan bangunan asrama lama yang kurang memuaskan dan khuatir akan mengancam nyawa di mana bangunan itu mungkin sekali akan runtuh.

Para pelatih pun mengemas barang-barang mereka dan berpindah ke asrama baru yang lebih cantik. Dalam banyak-banyak pelatih jururawat ini, terdapat 3 orang sahabat yang sangat rapat ibarat isi dengan kuku. Mereka ini ialah Nita, Aisyah dan Nurul. * tak tau la betul ke tak name nih.. aku tak berape nak ingat * Mereka ditempatkan di dorm bernombor 342. Mereka bertiga ni yang peliknya suka sangat bercerita cerita hantu di waktu malam. Bukan itu yang peliknya, yang peliknya ialah sebenarnya mereka ni jenis orang yang sangat penakut. Bak kata pepatah Aidil, "Tak Sedar Diri Lah Katakan". Bayangkan, mereka ni penakut tetapi suka bercerita pasal hantu tambahan pula di waktu malam. Eeee, peliknya.

Sedar tak sedar, malam pun tiba. Setelah selesai menjamah makanan yang disediakan di dewan makan, para pelatih pun pulang ke dorm masing-masing. Begitu juga Nita, Aisyah dan Nurul. Mereka juga pulang ke dorm mereka. Mereka menyiapkan diri masing-masing untuk tidur. Apabila ketiga-tiga mereka meletakkan kepala di atas bantal, mereka cuba melelapkan mata. Malangnya, ketiga-tiga mereka masih tidak dapat tidur. Apa lagi, mereka pun mulakanlah kerjaya mereka dengan bercerita cerita hantu. Masing-masing ada cerita hantu. Walaupun kaki dah menggeletar dan berpeluh-peluh, tetapi mereka masih menggagahkan diri untuk mendengar cerita hantu yang diceritakan. Tak lama kemudian, tiga sahabat tadi pun tertidur.

Tepat jarum jam menunjukkan pukul 2.30 pagi, Nita dengan tiba-tibanya terjaga dari tidur yang lena atas alasan hendak membuang air kecil. Malangnya, dorm 342 agak jauh dari tandas. Kisah hantu yang diceritakan oleh Aisyah dan Nurul tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. ini membuatkannya berasa takut untuk pergi ke tandas seorang diri. Dia pun cuba mengejut Aisyah dan tapi telah difollow dengan kegagalan. Kemudian dia mengekut Nurul lalu Nurul menjawab, "Saya mengantuklah, awak pergi la sendiri. Tak ada apa-apa pun. Jangan takut". Dengan kata-kata gramatis yang dilontar itu, Nurul pun menyambung tidurnya.

Dalam keadaan yang memberanikan diri, Nita pun berjalan menuju ke tandas yang terletak di tingkat bawah. Setiap bulu roma Nita juga menegak dengan jitu dan padu. Akhirnya, Nita pun tiba di tandas. Dia pun masuk tanpa rasa segan dan silu. Semasa dia sedang menunaikan hajatnya, dia terbau sesuatu yang sangat harum. Nita pun menjenguk di luar pintu tandasnya. Dengan perasaan yang amat terkejut dan takut, Nita menutup mulutnya menggunakan tangan untuk mengelak daripada didengari oleh apa yang dia nampak.

Nita melihat sesuatu yang menyerupai manusia sedang duduk bertinggung mencuci pakaian. Rambutnya panjang dan berwarna putih. Nita teringat akan kata-kata ibunya, jika ternampak sesuatu yang aneh, cubalah tegur. Nita pun bergerak perlahan-lahan ke arah wanita itu dan menegur, "Siapakah kamu?". Tiada jawapan diterima. Tanpa berputus asa, Nita bertanya lagi, "Kenapa kamu Berada Di Sini?". Masih tiada jawapan diterimanya. Pertanyaan ketiga Nita pun dilontar, "Apa Yang Bau Wangi Sangat Ni?". Akhirnya, wanita itu melihat ke wajah Nita dan berkata "Makcik Guna Sabun DAIA baru, "Lupekan yang Lain"....
 
WTF

Rupa-rupanya mak cik tua itu menumpang di tandas asrama itu untuk mencuci pakaian kerana bekalan air di rumahnya yang tidak jauh dari situ terputus bekalan air. Nita pun berasa lega dan menuju pulang ke dormnya. Tidur Nita lena sungguh malam itu.

 ~~~ The End ~~~  

Older Post