RAMADHAN
Friday, August 19, 2011 | 11:31 PM | 0 comments
FUH Puasa sudah menjangkau 20 hari Ramadhan. so arinih aku na story tentang kali pertama aku belajar berpuasa. 1 hari atau 11 hari tiada beza jika niat puasa masih di takuk lama.( itu aku ek.) haha aku dapat idea na buat cerite nih waktu kat perpustakaan awam tadi.. Wan Izzat yang Bagi cadangan.. so thanks HAHA ok straight to the point..Umur 6 tahun, aku mula belajar berpuasa. Itupun puasa yangyok, tengah hari bukak peti ais. Budak-budak sekarang hebat, umur 6 tahun sudah boleh berpuasa tanpa tinggal walau sehari. aku tak nampak budak lain, aku nampak adik aku, Farah. Hebat Farah, chaiyok, chaiyok.Bangge aku jadi abang ko. HAHA ok ok sambung balik ..Aku belajar berpuasa dengan dorongan abah dan mak. Juga tidak lupa pada mak sedare yang menjaga aku dari kecil.
Setiap perkara sentiasa ada cabaran. Cabaran paling kuat untuk aku belajar berpuasa datang dari my brother. aku diasak kiri dan kanan dengan pertunjukan makanan-makanan kegemaran. aku boleh bertahan. aku disuakan minuman, aku tetap bertahan.
Paling akhir, aku bergaduh dengan dia. Iman senipis kulit bawang. Dengan alasan hati telah bengkak kerana bergaduh dengan kekanda, aku pun mohon mau minum tea o dari mak sedare. Simpati seorang ibu, aku dibenarkan. Air mata seorang perempuan ini powerkan kan kan ? haha. Umur 6 tahun, menangih selalu tiada rasa malu. Meningkat 12 tahun, menangis selalu satu kelemahan. Sebab kene ejek budak cengeng kot dari kekanda-kekanda
Dalam umur sekitar 6 tahun, aku berjaya berpuasa penuh mungkin dalam 7 atau 8 hari kot. Atau lebih. Naik darjah 1, aku da tidak dibenar menggunakan lagi istilah puasa yang yok. Harus puasa penuh supaya bila besar, aku ada rasa malu mau makan di depan khayalak.
THEN.. FINNALY ! aku berjaya. Dari sudut mata kasar, aku berjaya puasa penuh sebulan, eh kejap... ak rase aku ade tertinggal sehari sebab aku muntah di dalam kelas.. == then rakan-rakan aku yang berdedikasi menyerahkan aku kepada abang aku untuk tindakan selanjutnya. Kekanda yang berumur 12 tahun, atas dasar abang yang prihatin, membelikan aku aiskrim coklat kegemaran . Nyum, Nyum. eh ..bulan poser
Itu dari sudut kasar la.. aki berjaya puasa penuh walaupun tertinggal sehari. Realitinya, aku nak buat pengakuan, jeng..jeng..jeng..tarik napas dalam-dalam.
sebenarnye aku menghabiskan masa dengan duduk di dalam bilik air dan minum air paip sepuas mungkin. Serius, rase macam sirap mase tu. Aktiviti dilakukan semasa mengambil air sembahyang dan mandi di waktu petang. Kepada rakan-rakan yang mempunyai adik berumur sekitar 6-12 tahun, sila pantau aktiviti mereka terutama dibulan Ramadhan, di dalam bilik air rumah sendiri.:D..
Selepas berumur 13 tahun, barulah lengkap puasa aku tanpa penipuan.
Alhamdulillah. haha sampai la sekarang.. Aidil Syaffuan Yang Berumur 15 tahun (masih belum official =,= )