misteri Bola Ping-Pong
Friday, January 7, 2011 | 7:48 AM | 0 comments
Boyan berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Diasungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini
memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya
telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun.
Tinggal lah Boyan dan bapanya berdua. Bapanya seorang
yang amat tegas dan mengharapkan Boyan berjaya didalam
pelajaran.
Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Boyan
mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya
ketika menduduki peperiksaan SPM.
Suatu petang bapanya memanggil Boyan . "Bapak bangga
dengan pencapaian engkau, Boyan apa kau nak sebagai
hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"
Boyan hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola
ping pong aje bapak."
Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat
anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola
pingpong.
Masa kian berlalu, kini Boyan mendapat kejayaan didalam
SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan
kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka
di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah
hadiah yang Boyan mahukan. Boyan masih tetap mahukan 2
biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia
tetap membelikan Boyan 2 biji bola ping pong.
Semasa di university, Boyan terus berjaya dan berjaya
dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik
di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang
diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola
pingpong dari bapanya.
Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang
centre, tetapi masih berbangga.
Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah
syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang
bertaraf international. Bapa Boyan makin gembira lantas
dia masih bertanyakan apa yang Boyan hendak.Boyan masih
tetap mahukan bola ping pong.
"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak
makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta
Mercedes SLK Compressor"
Namun, Boyan tetap gembira dengan pemberian bapanya
tanpa banyak soal.
Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar
untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Boyan ,
dia mendapat kemalangan yang teruk di hadapan kedai Yellow Trading dan dimasukkan ke ICU.
Bapa Boyan amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.
Semasa di ICU, bapanya menjaga Boyan dengan penuh kasih
sayang. Tetapi nampaknya Boyan tadak harapan nak
sembuh, lalu Boyan mengeluarkan kesemua bola ping
pongnya dan menyerahkan pada bapanya.
"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan
ni...." kata Boyan kesakitan.
"Boyan , selama ni ko asik mintak bola ping pong aje,
ape ke paedahnya" kata bapaknya
"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong
ini...." kata Boyan
"Apa dia" tanya bapa Boyan r
Tetapi belum sempat Boyan memberitahu meisterinya, Boyan
menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Bapa Boyan menjadi separuh gila mengenangkan misteri
anaknya..
Apakah misteriya? Anda nak tau????
ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah
Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri
selamanya
ps : sebenarnye ak da xde idea.. :P