AYAT KAMU
Follow | Dashboard

<body>
Pengakuan.. drpd ak. AIDIL SYAFFUAN
Wednesday, January 19, 2011 | 10:55 PM | 2 comments
 haha..  ak da xde idea na cite ape.  so. cite tntag pengalaman ak sndiri..   at first. meh ak buat pengakuan.  ak sebenarnye ske mengorek hidung jike bosan... ini la tabiat ak wktu kecik..  smpai form 2. sekarang ak tngah practice untuk tahan nafsu drpd buat prkare2 cmnih... well.  sekurang-kurangnye ak jujur.   ok  STRAIGHT TO THE POINT    .. ak ad satu cerite yg na korang sume tau.. wktu ak form 1

Satu cerita aku pada form 1, di sebuah sekolah menengah untuk mereka-mereka yang keputusan UPSR tak bagus, (dan aku salah seorang darinya..oh..) di sebuah kelas yg diberi nama.   1 BESTARI 1
Kelihatan seorang guru sedang membaca buku teks dengan suara yg lantang di hadapan murid-murid yang khusuk mendengar. Guru itu membaca sepatah-sepatah perkataan dan bagaikan mendayu2 suaranya. Aku yg mengambil posisi di belakang sekali mengalami kebosanan. Aku juga diancam mengantuk ditahap maksima dan untuk mengelakkan aku jatuh tidur, aku me'lombong'..

Supian (macam nama sebenar) juga dalam posisi boring giler. Dengan tangan menongkat dagu, matanya memandang pada belakang Fatimah (bukan nama sebenar). Sesekali kelihatan air liurnya meleleh. Aku yang disebelahnya menahan ketawa bila melihat dia terkejut kambing kerana air liurnya jatuh ke permukaan meja.

"Kau nak tengok 'pedang' kecil tak?" bisik aku perlahan ke telinganya.. "mana?" tanya dia, nampaknya seakan berminat.

Lalu aku meletakkan 'pedang kecil' di hujung jarinya. Dia seperti kagum dan mendekatkan 'pedang kecil' itu ke matanya. Dia menilik berkali-kali, sesekali menggetel 'pedang kecil' itu..

'Pedang kecil' itu bersaiz 8 mm panjang dan berdiameter 1mm lebih kurang..

"Pedang…?" dia bertanya sambil berbisik dan matanya di bulat-bulatkan sebesar2nya seraya mendekatkan lagi 'pedang kecil' itu ke matanya..

Tiba2 dia menjerit dengan kuat!!!

INI TAHI HIDUNG!!!!!

Aku terkejut, dia terkejut, Fátimah yang didepannya pun turut terkejut, cikgu lagi terkejut, seluruh kelas pun turut terkejut!

"Supian... kenapa kamu menjerit 'tahi hidung' tadi?" Tanya cikgu.. Cikgu suruh dia cerita..dia cakap takde apa2…

Aku menahan ketawa..sampai meleleh air mata dipipiku..lawak..sungguh lawak… dan si supian ni tak cerita kerana cover malu..ha ha ha!

Supian, kiranya kau terbaca Cerita ini..aku nak mintak maaf sangat2..Aku dah mintak maaf kat engkau dulu..la ni aku nak mintak maaf lagi…

Maafkan aku kawan
Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. aku tidak sengaje sbb mse 2 ak trlalu bosan.  T_T   *nobody perfect*

Older Post | Newer Post