AYAT KAMU
Follow | Dashboard

<body>
RatuHatiSaya
Saturday, May 7, 2011 | 10:47 PM | 0 comments

pertama-tamanya aku nak ucapkan selamat hari ibu buat ibu tercinta, Pn. Zaindra serta semua ibu-ibu yang merasakan mereka itu ibu. tetapi bukan ibu-ibu ayam. haha.

ibu sejahtera, kebanggan semua. tema sambutan hari ibu untuk tahu dua ribu sebelas ini. kerana ibu yang sejahtera boleh membawa kesejahteraan kepada keluarganya. ibu mempunyai tugas yang begitu berat sejak dari kita dimengandungkan sehingga kita besar. jadi hargailah jasa dan pengorbanan ibu kita.

  • terima kasih ibu kerana membenarkan aku beradu didalam perutmu.
  • terima kasih ibu kerana melenguhkan tanganmu untuk menghayun buaianku.
  • terima kasih ibu kerana menggunakan bahumu untuk menggalas bebanan aku.
  • terima kasih ibu kerana meminjamkan kakimu sehingga aku boleh berdiri diatas kaki sendiri.
  • terima kasih ibu kerana menyakitkan kepalamu atas kedegilan aku.
  • terima kasih ibu atas segalanya.

    saye juga telah membuat satu doa keatas ibu saya sewaktu solat subuh

    Bismillahirahmannirahim..
    Ya allah ya tuhanku..
    rendahkanlah suaraku , perindahkan ucapanku , dan lembutkan hatiku untuk ibuku
    Pn.Zaindra bt. Abdul Malek
    Berilah ia balasan sebaik-baiknya.. ..  peliharalah dia sebagaimana dia memeliharaku
    Ya Allah.  Ampunilah dosanya dan kasihaninya sebagaimana dia mengasihi diriku
    Panjangkanlah usianya... Murahkanlah Rezekinya Dan berilah dia keberkatan dunia dan akhirat
    Sesngguhnya kaulah yang memiliki  kurnia maha agung  dan kaulah yang maha pengasih  Dianatara semua pengasih...

    Amin    :) 

    Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu yang dikasihi. Wahai para ibu, engkau adalah kejadian terbaik di dalam peristiwa anak-anak di samping para bapa mithali. Tidak akan ada hadiah daripada anak-anak yang mampu menandingi pemberian daripada ibu- iaitu kehidupan. Bagi dunia, engkau hanyalah seorang insan yang biasa-biasa sahaja tetapi kami tidak akan pernah lupa tangan ibu jugalah yang mengoncang dunia.

    Ok..  itu saja dari saya Aidil Syaffuan Bin Sulaiman..   Assalamualaikum.   :)


    :: IbuSayaGarangTapiKiut.
    :: SayaSayangIbuSaya.
    ps :Minta maaf ya ibu.. saya masih tak cukup baik untuk menjadi seorang lelaki baik.  :( 

Older Post | Newer Post